Friday, June 4, 2010

kita manusia akhir zaman

Assalamualaikum...

hari ini jumaat...so wajiblah sekalian lelaki pergi solat jumaat...then aku amat tertarik dgn isi2 khutbah pd hari ini...lalu aku berfikir memang betul dgn hujah2 yg di berikan oleh khatib...salah satu drpd isi khutbah tersebut...

.."muslimin sekarang mengenali artis masa kini dgn lebih baik berbanding pengasas mazhab mereka sendiri"...

kita sedia maklum muslimin di Malaysia adalah pengikut mazhab Shafei...ditambah lagi oleh khatib...

.."jika ditanya siapakah Imam As-Shafei..sudah pasti ada yang kenal, tidak kenal dan yang lebih teruk lagi berpura2 kenal"...

memang benar apa yang dikatakan oleh khatib itu...lalu berfikir aku sejenak, sudah lupakah aku pada insan yang bernama Imam Shafei??...jadi memang benar sungguh2~

di sini sedikit riwayat hidup Imam As-Shafei rahimahullah :

A) Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad b. Idris. Nama ibunya ialah Fatimah Al-Azadiah bt Abdullah b. Hasan b. Ali b. Abi Talib.

B) Beliau digelar As-Syafie sempena nama datuknya Syafie b. Saib.

C) Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah bersamaan 767 masihi di Ghazzah, Palestin.

D) Beliau adalah Imam mazhab yang empat iaitu pengasas "Mazhab Syafie".

E) Beliau berasal dari keturunan Rasullah s.a.w pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w adalah datuk ke sembilan Imam Syafie.)

F) Beliau meninggal dunia pada tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi,ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

sifat peribadi beliau :

A) Ketinggian akhlak

a) sangat memuliakan guru-gurunya.Pernah digelar sebagai Tongkat Malik
b) beliau telah menolak jawatan kadi di Yaman pada masa
pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.

B) Ketinggian ilmunya

a) Imam Syafie berjaya membendung fahaman-fahaman yang
mempengaruhi umat islam.
b) membahagikan masa hidupnya satu pertiga untuk beribadat,
satu pertiga untuk berehat, satu pertiga untuk kerjaya.

dan kelebihan beliau :

A) Semasa beliau dalam kandungan, ibunya bermimpi keluiar bintang dari perutnya dan memancarkan cahaya.

B) Beliau dapat menghafaz Al-Quran ketika berusia 9 tahun.

C) Mempunyai suara yang merdu, pandai bersyair dan bersajak.

D) Beliau pernah berjumpa dengan Rasullah dan beliau tidak pernah makan sampai kenyang selama 16 tahun.

E) Beliau seorang kuat ingatan, berakhlak tinggi dan bermain panah.

oleh itu wahai pembaca yang budiman...sedarlah!!!...jgnlah dijadikan artis2 itu sebagai idola mu kerana perkataan IDOLA itu sendiri bermaksud 'sembah-sembahan'....kerana takut tauhid kepercayaan mu terpesong...

InsyaAllah...sama2 lah kita memperbaiki diri sendiri...sesungguhnya kita bukanlah insan yg kamil tetapi insan yg berusaha ke arah itu...Amin~

Sekian...

Wsalam~

No comments:

Post a Comment