Monday, July 21, 2014

SETAHUN SUDAH BERLALU

Assalamualaikum w.b.t

Setahun sudah berlalu aku meninggalkan laman curahan hati dan fikiran. Dan dalam tempoh setahun itu juga banyak perkara yang berlaku kepada aku samada gembira, sedih, terkejut dll. Oleh itu ingin aku perkatakan di sini bahawa pada masa akan datang aku tidak akan dapat banyak meluangkan masa di laman ini oleh itu aku mempersilakan para pembaca laman ini untuk mengikuti perkongsian aku di laman Facebook, Twitter, dan juga Instagram. Berikut aku sertakan alamat laman-laman yang disebutkan;

  • Facebook: facebook.com/matluq
  • Twitter: @luqbijaksana
  • Instagram: luq_luque
Terima kasih =D


Wednesday, June 19, 2013

PERPISAHAN TERMANIS

Bila nanti kita berpisah
Jangan kau lupakan
Kenangan yang indah
Kisah kita

Jika memang kau tak tercipta
Untuk ku miliki
Cobalah mengerti
Yang terjadi

Bila mungkin memang tak bisa
Jangan pernah coba memaksa
Tuk tetap bertahan
Di tengah kepedihan

Jadikan ini
Perpisahan yang termanis
Yang indah dalam hidupmu
Sepanjang Waktu

Semua berakhir
Tanpa dendam dalam hati
Maafkan semua salahku
Yang mungkin menyakitimu

Semoga kelakkan kau temukan
Kekasih sejati
Yang kan menyayangi
Lebih dariku

(Lovarian - Perpisahan Termanis)

Sunday, June 16, 2013

FIKIRKAN

fikirkan, rasanya junjungan besar Rasulullah s.a.w. mengenali dan mengingati umat baginda di akhir zaman lebih banyak dari kita sendiri umat akhir zaman mengenali baginda sendiri di mana rata-rata kita yang lelaki lebih mengenali pemain bolasepak dan yang perempuan pula mengenali artis-artis.

muhasabah diri, untuk aku dan saudara saudari sekalian~


#hari ni nok g state library, cari bahan ilmiah sikit utk literature review buat research

Sunday, June 9, 2013

THAT AWKWARD MOMENT

That awkward moment when you realize that you start the new semester without them that you used to be with...
 
Esok akan bertolak ke Seri Iskandar bagi memulakan semester baru dan mula perasan semester baru ini dimulakan tanpa mereka sahabat-sahabat yang biasanya menemani tersenyum ceria belaka tatkala melangkah masuk studio.
 
Ya Allah kau telah hadirkan rasa rindu aku ini terhadap mereka supaya aku akan mendoakan perhubungan ini dan akan selalu teringatkan kenangan bersama mereka sepanjang tempoh perkenalan dengan mereka.
 
p/s: akan diceritakan serba sedikit tentang mereka insyaAllah
 
 

Sunday, May 26, 2013

RINDU

Jika awak baca ini, saya nak awak tahu saya terlalu rindukan awak. Biarlah awak tahu melalui entri ini kerana saya tahu angin yang membawa rindu ini sudah pun lama terburai sebelum ia sempat melintasi Sungai Nil untuk disampaikan pada awak.
 
BETUL-BETUL DERITA MENGUSUNG RINDU INI.

Sunday, May 19, 2013

DARI KACA MATA SAHABAT

Kalau nak kenal tuan empunya blog ni yakni ambo ringan-ringankan tangan daj jari anda dengan klik link ini untuk membaca entri dari sahabat ambo melalui blog beliau:

http://keronconguntukanis.blogspot.com/2012/07/mat-luq-coordinator.html

Itu hanyalah diri ambo dari kaca mata beliau, tiada unsur membodek atau rasuah untuk tulis entri begitu berkenaan ambo, yang penting bagi sesiapa yang sudah mengenali diri ini tahulah bagaimana jenis orang ambo ni...huhuhu~

Saturday, May 18, 2013

SATU NAMA

Satu nama kian tenggelam,
tenggelam semakin dalam,
bukan semakin ke lubuk hati,
tapi jauh tersasar ke pinggir hati.
 
Apa yang harus aku lakukan?
hulur tangan tariknya keatas
atau biarkan sahaja ia semakin kedalam?
 
Dari apa yang aku lihat,
dari apa yang aku rasa,
dari apa yang aku fikir,
jika dihulur tangan sekalipun,
rasanya tidak akan bersambut,
malah terasa seperti
ia ingin aku membiarkan ia pergi,
umpama ingin bebas sekali lagi.
 
Jika benar,
iya jika benar,
satu nama itu akan ku lepaskan,
agar satu nama itu dapat mencari
pengganti bagi nama aku,
dan begitulah jua aku.