Wednesday, June 19, 2013

PERPISAHAN TERMANIS

Bila nanti kita berpisah
Jangan kau lupakan
Kenangan yang indah
Kisah kita

Jika memang kau tak tercipta
Untuk ku miliki
Cobalah mengerti
Yang terjadi

Bila mungkin memang tak bisa
Jangan pernah coba memaksa
Tuk tetap bertahan
Di tengah kepedihan

Jadikan ini
Perpisahan yang termanis
Yang indah dalam hidupmu
Sepanjang Waktu

Semua berakhir
Tanpa dendam dalam hati
Maafkan semua salahku
Yang mungkin menyakitimu

Semoga kelakkan kau temukan
Kekasih sejati
Yang kan menyayangi
Lebih dariku

(Lovarian - Perpisahan Termanis)

Sunday, June 16, 2013

FIKIRKAN

fikirkan, rasanya junjungan besar Rasulullah s.a.w. mengenali dan mengingati umat baginda di akhir zaman lebih banyak dari kita sendiri umat akhir zaman mengenali baginda sendiri di mana rata-rata kita yang lelaki lebih mengenali pemain bolasepak dan yang perempuan pula mengenali artis-artis.

muhasabah diri, untuk aku dan saudara saudari sekalian~


#hari ni nok g state library, cari bahan ilmiah sikit utk literature review buat research

Sunday, June 9, 2013

THAT AWKWARD MOMENT

That awkward moment when you realize that you start the new semester without them that you used to be with...
 
Esok akan bertolak ke Seri Iskandar bagi memulakan semester baru dan mula perasan semester baru ini dimulakan tanpa mereka sahabat-sahabat yang biasanya menemani tersenyum ceria belaka tatkala melangkah masuk studio.
 
Ya Allah kau telah hadirkan rasa rindu aku ini terhadap mereka supaya aku akan mendoakan perhubungan ini dan akan selalu teringatkan kenangan bersama mereka sepanjang tempoh perkenalan dengan mereka.
 
p/s: akan diceritakan serba sedikit tentang mereka insyaAllah
 
 

Sunday, May 26, 2013

RINDU

Jika awak baca ini, saya nak awak tahu saya terlalu rindukan awak. Biarlah awak tahu melalui entri ini kerana saya tahu angin yang membawa rindu ini sudah pun lama terburai sebelum ia sempat melintasi Sungai Nil untuk disampaikan pada awak.
 
BETUL-BETUL DERITA MENGUSUNG RINDU INI.

Sunday, May 19, 2013

DARI KACA MATA SAHABAT

Kalau nak kenal tuan empunya blog ni yakni ambo ringan-ringankan tangan daj jari anda dengan klik link ini untuk membaca entri dari sahabat ambo melalui blog beliau:

http://keronconguntukanis.blogspot.com/2012/07/mat-luq-coordinator.html

Itu hanyalah diri ambo dari kaca mata beliau, tiada unsur membodek atau rasuah untuk tulis entri begitu berkenaan ambo, yang penting bagi sesiapa yang sudah mengenali diri ini tahulah bagaimana jenis orang ambo ni...huhuhu~

Saturday, May 18, 2013

SATU NAMA

Satu nama kian tenggelam,
tenggelam semakin dalam,
bukan semakin ke lubuk hati,
tapi jauh tersasar ke pinggir hati.
 
Apa yang harus aku lakukan?
hulur tangan tariknya keatas
atau biarkan sahaja ia semakin kedalam?
 
Dari apa yang aku lihat,
dari apa yang aku rasa,
dari apa yang aku fikir,
jika dihulur tangan sekalipun,
rasanya tidak akan bersambut,
malah terasa seperti
ia ingin aku membiarkan ia pergi,
umpama ingin bebas sekali lagi.
 
Jika benar,
iya jika benar,
satu nama itu akan ku lepaskan,
agar satu nama itu dapat mencari
pengganti bagi nama aku,
dan begitulah jua aku.

Thursday, May 16, 2013

H A I R A N B I N P E L I K

17 Mei adalah tarikh hari jadi si dia, dan juga sudah sampaikan pesanan hari jadi kepada dia, tapi nampak seperti tidak gembira sahaja malah tiada respon. Tolonglah aku dalam hal-hal cintan cintun ini, sesungguhnya aku tidak khatam lagi.
 
p/s: Apa harus dibuat??...ARRRGGGHHHH!!!!

Wednesday, May 15, 2013

INSAN BERGELAR PENDIDIK

Tiap kali tibanya tanggal 16 Mei pada setiap tahun akan mengheret aku untuk menerjah seketika kenangan paling tidak akan aku lupakan pada Hari Guru sewaktu aku masih bersekolah rendah. Ceritanya begini:
 
Sekitar tarikh menjelang Hari Guru pada tahun 2004 iaitu sewaktu aku berada di darjah 6, sudah menjadi kebiasaan topik hadiah menjadi hangat dalam kalangan rakan-rakan ketika itu. Aku seperti biasa seperti tahun-tahun sebelumnya hanya akan menjauhkan diri dari perbincangan ini dengan alasan tidak mahu memberitahu hadiah apa yang akan diberikan kepada guru-guru kerana tidak akan menjadi kejutan nanti. Walhal dalam hati sudah tidak senang duduk kerana memikirkan topik yang sama. Oleh kerana ketika itu aku takut untuk meminta dengan ibu bapa aku, di mana juga menjadi faktor, aku tidak membeli hadiah untuk guru-guru aku.
 
Tiba hari yang dinantikan, di dalam kelas hadiah-hadiah diletakkan semuanya di atas meja, dan tanpa hadiah dari aku. Aku masih ingat, guru kelas aku iaitu Puan Norina ialah guru Bahasa Inggeris, yang juga merupakan guru kesayangan aku, masuk ke kelas dan terkejut atas pemberian hadiah-hadiah dari anak muridnya, 6 Bestari, dan setelah itu menyambung aktiviti pembelajaran dan mengambil semua pemberian setelah usai kelas. Timbul rasa malu dan bersalah dalam diri kerana tidak memberikan hadiah kepada Puan Norina.
 
Oleh kerana rasa bersalah itulah, aku telah pergi berjumpa dengan Puan Norina di bilik guru dan meminta maaf kerana tidak memberikan hadiah kepada beliau. Dan disinilah perkara yang berlaku yang aku akan kenang sampai bila-bila saat madah ini keluar dari mulut Puan Norina iaitu,
 
"...cikgu dok kisoh pon buleh hadioh ko dok buleh, hadioh mahal ko muroh, comel ko gapo, tapi kalu anok-anok murid cikgu belaja molek-molek sapa panda nga berjayo pon cukup doh bagi cikgu.."
 
Tersentak, bagai baru terjaga dari lena yang panjang, aku ini bukanlah seorang murid yang azalinya bijak pandai, aku ini hanyalah murid yang hanya akan dapat markah tinggi kalau rajin sahaja, kalau tak berkuburlah impian nak markah tinggi tiap kali peperiksaan. Mengingatkan kembali, Puan Norina masuk mengajar lambat ketika itu kerana beliau menunaikan haji bersama suami, dan kembali mengajar dalam bulan Mac. Teringat juga beliau merasa kecewa sewaktu mula-mula mengajar kelas aku dengan melihat prestasi semasa kelas dengan berbaki 6 bulan sebelum UPSR, dan beliau menceritakan sewaktu beliau di hadapan Kaabah beliau memohon kepada Allah supaya diberi kejayaan kepada pelajar-pelajarnya.
 
Dengan berpaksikan beliaulah yang sentiasa menjadi inspirasi aku ketika itu, aku telah berusaha belajar bersungguh-sungguh, juga telah membuatkan aku mencintai bahasa dan semakin menguasai Bahasa Inggeris, lantas membuahkan hasil dengan mencapai 5A dalam UPSR 2004. Sesungguhnya tidak aku sangka, dari kerana tidak ada hadiah kepada guru, menjadikan aku untuk berusaha dan memberikan hadiah yang bermakna buat Puan Norina, sekaligus juga kepada semua insan yang aku sayang. Aku masih ingat ketika itu sewaktu keputusan diumumkan dan nama aku tersenarai sebagai salah seorang yang memperolehi keputusan cemerlang, Puan Norina lah yang menelefon Abah sambil menangis dan aku tahu tangisan itu adalah tanda sebak dan gembira di mana penat lelah mendidik telah membuahkan hasil. =)
 
Kepada Guru-guru:
- Tadika ABIM Pengkalan Chepa.
- Pusat Fardhu Ain dan Qiraati Al-Hidayah Taman Guru.
- Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 1.
- Maktab Sultan Ismail. (paling ramai guru yang disayangi dan memberi kesan waktu di sekolah ini)
- Sekolah Menengah Sains Machang.
- Pensyarah di UiTM Seri Iskandar
 
Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar Pendidik yang telah berpenat lelah tanpa jemu mengajar dan menjadi inspirasi bagi setiap pelajar, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki oleh Allah swt dan berjaya di dunia dan akhirat.

JIKA

alangkah indah dan bagus jika aku sekarang ini adalah seorang pelajar dalam jurusan senibina dan sedang melakukan perkara yang aku suka dan minati iaitu melukis, melukis, dan melukis, kerana dengan melukis adalah cara bagi aku untuk terus tersenyum bahagia dan gembira selain dapat meluahkan apa yang terbuku jauh di sudut hati dan benak fikiran.
 
p/s: bukan niat menidakkan takdir tapi sekadar berangan JIKA.

Saturday, May 4, 2013

Dari Wajah, Pertuturan, Budi dan Pehubungan

setiap insan dikurniakan
seraut wajah
sebagai santapan
indera manusia,
ada yang cantik
ada yang tidak,
pada aku pula
raut wajah yang ada
hanya biasa sahaja,
tidak tahulah samada
kacak ataupun tidak
pada mata mereka,
kerana citarasa itu hidup
bergantung pada manusia
yang lain-lain pandangannya.
 
maaf aku sampaikan,
untuk dirimu
mengerti perihal ini.
 
maaflah, andai aku ini
tidak sekacak
aktor kesukaan mu,
mahupun sekacak
mantan kekasih mu,
 
maaflah, andai aku ini
punya pertuturan
yang terkadang
mengguris hatimu
lebih banyak
dari menenangkan mu,
 
maaflah, andai aku ini
punyai kerenah
yang kadang tidak
menyenangkan mu
dan dibenci mu.
 
maka percayalah,
dengan ini juga,
pada saat ini,
pada setiap selalu,
aku sedang mencuba
untuk membuat semua
yang melihat wajahku
mahupun santun ku ini,
agar sejuk mata mereka
sewaktu memandang
khususnya bagimu.
 
demikian aku
melakukan ini
agar kau tidak
merasa malu,
dan juga tidak
merasa rendah diri
tatkala mereka sedang
berkata-kata dibelakangmu,
dan janganlah engkau
jadikan kata-kata mereka
cermin bagi hubungan ini
pada masa depan mu
dan pada masa depan ku.
 
juga percayalah,
aku juga,
pada setiap saat
bersedia akan
kehilangan mu,
jika sudah ketentuan
bukan jodoh kita bersama
ini agar engkau
tidak dengan sepenuh hati
bersandar dan yakin
akan hubungan ini
akan mencapai matlamatnya
 
kerana jikalau iya,
benar-benar engkau YAKIN,
maka tenanglah,
maka istikharahlah,
agar laluannya dibuka
cepat-cepat
serta mudah-mudahan
hubungan ini akan
melangkah ke
gerbang yang baru