Friday, April 20, 2012

EDISI NASIHAT


Wahai cerdik pandai, janganlah kau hina dan pandang rendah pada yang berada dibawah taraf mu sehinggakan kau menolak kata-kata pandangan mereka, merasakan diri kau lebih dari mereka…

Kau hina mereka, sahabat-sahabat mu yang tidak senasib dengan mu…

Pernahkah kau berfikir yang mereka tidak dapat menyambung pengajian seperti mu keluar negara kerana tidak mampu dan berkorban kerana tidak sanggup meninggalkan ibu bapa mereka yang kais pagi makan pagi dengan menjaga dan mencari rezeki tambahan bagi menyara adik-adik mereka yang lapan orang semuanya dan masih kecil?..

Pernahkah kau berfikir ibu bapa mu juga dahulunya seperti mereka yang kau hina dimana ada diantara ibu bapa golongan cerdik pandai seperti mu tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka ketika dulu?...ibu bapa mu berusaha menjaga dan membesarkan mu kerana ingin kau berjaya dalam pengajian mu, ini kerana mereka pernah dihina dan mereka tidak mahu anak-anak mereka dihina dan senasib dengan mereka….mereka bersusah payah menjaga kau untuk menjadikan kau termasuk dalam golongan cerdik pandai dimana merupakan golongan yang pernah menghina mereka sendiri dahulu….

Kau merasakan dirimu lebih mengetahui sesuatu dari orang-orang di bawah mu…

Ingatkah kau pada kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir a.s. dimana pada awalnya Nabi Musa a.s. berasakan diri baginda paling banyak ilmunya berbanding manusia lain kerana ilmu baginda datang terus kepada baginda?...Oleh itu janganlah kau menganggap diri kau begitu wahai insan cerdik pandai…Biar pun orang yang dibawah mu yang kau anggap tidak bijak dari mu itu tidak menelaah kitab-kitab perubatan mahupun kejuruteraan, ingatlah mereka juga seagama dengan mu yang mempunyai kitab agung yakni Al-Quran dimana terkandung segala rahsia alam yang masih belum dijumpai…

Ingatlah….disaat kau belajar menjadi seorang doctor atau jurutera iaitu ilmu yang tersemat di dada yang kau banggakan itu, diantara mereka yang kau hina ini belajar menjadi manusia melalui pengalaman perit susah kehidupan….

Ingatlah…memang benar ilmu itu mengangkat darjat seseorang disisi Allah tapi andainya begini sifat mu terhadap orang yang kurang dari diri mu....???....fikir-fikirkanlah~