Friday, August 17, 2012

Dulu Senyum & Ketawa, Kini Sedih & Tangisan

tersenyum
dahulu ketika satu dunia seolah-olah tidak memahami aku,
dia tahu apa yang aku perlu

segala yang aku buat
untuk meraih perhatian dia
untuk melihat dia senyum
hanya mendengar dia ketawa kecil

segala keluhan
segala keperluan
segala rintihan
segala perangai buruk
dilayannya dengan senyum

kala kecil, aku senyum
dia senyum...
kian remaja, aku senyum,
kian senyumannya pudar...
kini aku menangis
dia senyum 'disana'

menangis kerana
kini ketika satu dunia seolah-olah tidak memahami aku,
dia tiada untuk memenuhi apa yang aku perlu.

p/s: biarpun lelaki, aku mengaku tidak cukup kuat untuk menempuh dugaan ini.

Sunday, August 5, 2012

MATA MELIHAT, JIWA TERTEKAN KERANA HATI YANG MERASA

SITUASI 1: Sedih ibubapa melihat perangai anak-anaknya mereka yang negatif.

SITUASI 2: Anak-anak yang telah dewasa sedih apabila mereka mengetahui dari mana mereka sendiri mewarisi perangai negatif masing-masing.

salah siapa??
ibubapa jangan terlepas pandang, diri sendiri menjadi teladan, tanpa sedar anak jadikan ikutan,

anak-anak usah bersedih, dewasa kelak muhasabah diri, bina kembali akhlak pekerti, jangan biar anak sendiri merasa kembali.

#sesetengah ibubapa memarahi anak-anak mereka dan menyatakan pengaruh rakan sebaya dan lain-lain tanpa sedar sebenarnya dipengaruhi diri mereka sendiri kerana takut akan bayang-bayang sendiri.