Friday, August 17, 2012

Dulu Senyum & Ketawa, Kini Sedih & Tangisan

tersenyum
dahulu ketika satu dunia seolah-olah tidak memahami aku,
dia tahu apa yang aku perlu

segala yang aku buat
untuk meraih perhatian dia
untuk melihat dia senyum
hanya mendengar dia ketawa kecil

segala keluhan
segala keperluan
segala rintihan
segala perangai buruk
dilayannya dengan senyum

kala kecil, aku senyum
dia senyum...
kian remaja, aku senyum,
kian senyumannya pudar...
kini aku menangis
dia senyum 'disana'

menangis kerana
kini ketika satu dunia seolah-olah tidak memahami aku,
dia tiada untuk memenuhi apa yang aku perlu.

p/s: biarpun lelaki, aku mengaku tidak cukup kuat untuk menempuh dugaan ini.

No comments:

Post a Comment