Saturday, September 17, 2011

tiada ganti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang




Hari ini aku ada terbaca satu status seorang sahabat
di facebook.

"Bila ajal dah sampai sekelip mata je dah jadi arwah. So anak-anak, balikla jumpa mak ayah bila ada masa. Bila dorang dah takde dah tak gune :)"

dan aku baca komen2 yang disertakan di situ

"Bila dorang dah takde dah tak gune"

memang betul...
Ia mengingatkan aku...
dah tak ada guna...
rasa menyesal....
rasa bersalah....

Yes, I've experienced that....although it is not my parent.

ku terima panggilan di pagi subuh 21 Januari 2011
pagi Jumaat
yang mengejutkan tidur aku
panggilan telefon dari abah aku
yang menghairankan aku kerana kebiasaannya tidak pernah begitu
hati mula gelisah
air mata mula gugur
setelah sekian lama tidak mencurah
bicara mula tersekat2
seperti sudah ku tahu khabarnya
yang belum sempat abah aku sampaikan
nenekku yang tersayang
Wan Azimah @ Azinah bt Wan Ismail
telah menghadap Ilahi
raunganku mengejutkan rakan sebilik
tidak aku hiraukan
sejadahku dibasahi air mata
sepanjang perjalanan ke Terminal Seri Iskandar ditemani air mata
tidak aku hiraukan pelajar2 dan orang2 di sekeliling
disaat dia pergi, aku tidak dapat pulang ke kampung halaman
sudah takdir,
tiket bas ke Kelantan habis
mengeruhkan lagi keadaan aku
aku kembali ke kampus dan tidak ke kelas pada hari itu
aku mendapat panggilan dari ummi
jenazah nenek selamat dikebumikan pada pukul 11
umi aku pesan,
arwah nenek pesan bula teringatkan dia
jangan tinggalkan solat dan baca yaasiin
yang membuatkan aku terkilan
malam sebelum kematian nenek aku
nenek aku mengatakan aku dah nak dekat sampai rumah dah ni
betapa sakitnya aku memikirkannya
betapa bodohnya aku
disaat dia memerlukan aku aku tiada di sisi dia
aku tidak dapat maafkan diri aku
paling akhir aku mendengar suaranya seminggu sebelum kematiannya
dimana melalui panggilan telefon
itu pun sekejap sahaja kerana arwah sakit
tak larat nak bercakap

dan paling dekat adalah ketika baru2 ini
pagi 3 Syawal 1432H
di pusara arwah
ditemani sepupuku

nenekku...
insan paling rapat selepas abah dan ummi
insan paling lama aku luangkan masa bersama
insan paling banyak mengajar aku tentang hidup
insan yang paling paling paling aku sayang

di saat aku menulis entri ini,
tangan aku tak berhenti mengesat air mata

Allahumma firli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani sorigha
Moga roh arwah dicucuri RahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman

Aku sertakan doa ini disetiap doa selepas solatku buatmu
buat abah dan umi
serta nenek tersayang


Wassalam~

2 comments:

  1. al fatihah untuk nenek mg. semoga arwah ditempatkan dari kalangan orang yang beriman. amin~

    ReplyDelete