Saturday, July 21, 2012

JANJI

Dahulu ku ingati
janjiku ingin berubah
berubah kearah kebaikan
baiki segala kelemahan
penuhi ilmu di dada
andai telah ku berjumpa seseorang yang sesuai
untuk dijadikan suri di hati

kini telah ku jumpa
SEKALI LAGI
seorang insan
mungkin berkat Ramadhan
dari Allah azza wajalla
yang berjaya mengetuk pintu hati ini

sesuai dengan namanya
yang seringkali
menasihati diri ini
ke arah kebaikan
bak penyuluh seri perjalan hidupku
umpama CAHAYA MATAKU
untuk melihat segala yang benar

Ya Allah,
berkatilah kami,
hamba-hamba mu,
yang tidak boleh lari
dari fitrah ingin berkasih,
tetapkanlah kami seadanya
jagalah hubungan kami seadanya
selagi kami tidak melupakanMu

sesungguhnya aku ingin berubah
kerana mu Ya Allah
nadiku Islam agama yang benar
kekuatanku adalah ibubapa ku Ya Allah
dan pendorongku si dia
CAHAYA MATAKU.

amin~

RAMADHAN 1433H

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

sesungguhnya telah datang rahmat Allah kepada sekalian alam, penghuni langit dan bumi, pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup, para ahli kubur berehat dari seksaan azab kubur, iblis dan syaitan dipasung, bulan turunnya Al-Quran kalamullah, bulan di mana adanya malam yang lebih baik dari seribu malam, bulan di mana adanya solat terawih dan witir, bulan dimana dilipat gandakan pahala amalan, bulan dimana kita diuji dengan lapar dan dahaga, bulan dimana bagi umat Islam berpuasa mulut mereka seharum kasturi di akhirat nanti dll.

terlalu banyak kebaikan di bulan Ramadhan ini, tidakkah kita terpanggil untuk mengecapinya?

marilah sama-sama kita berlumba merebut segala kebaikan yang sedang melimpah-ruah di alam ini...


dengan ini saya mengucapkan kepada seluruh saudara umat Islam sekalian semoga selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak....semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semakin baik bagi kita semua...mudah-mudahan inshaAllah...amin =)

Monday, July 16, 2012

THE CHANGING

as you grow up, things gonna change around you, what will you face in the future will be more difficult than the things before, people changing, mind changing....everything.

preparing myself, InsyaAllah~


Friday, April 20, 2012

EDISI NASIHAT


Wahai cerdik pandai, janganlah kau hina dan pandang rendah pada yang berada dibawah taraf mu sehinggakan kau menolak kata-kata pandangan mereka, merasakan diri kau lebih dari mereka…

Kau hina mereka, sahabat-sahabat mu yang tidak senasib dengan mu…

Pernahkah kau berfikir yang mereka tidak dapat menyambung pengajian seperti mu keluar negara kerana tidak mampu dan berkorban kerana tidak sanggup meninggalkan ibu bapa mereka yang kais pagi makan pagi dengan menjaga dan mencari rezeki tambahan bagi menyara adik-adik mereka yang lapan orang semuanya dan masih kecil?..

Pernahkah kau berfikir ibu bapa mu juga dahulunya seperti mereka yang kau hina dimana ada diantara ibu bapa golongan cerdik pandai seperti mu tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka ketika dulu?...ibu bapa mu berusaha menjaga dan membesarkan mu kerana ingin kau berjaya dalam pengajian mu, ini kerana mereka pernah dihina dan mereka tidak mahu anak-anak mereka dihina dan senasib dengan mereka….mereka bersusah payah menjaga kau untuk menjadikan kau termasuk dalam golongan cerdik pandai dimana merupakan golongan yang pernah menghina mereka sendiri dahulu….

Kau merasakan dirimu lebih mengetahui sesuatu dari orang-orang di bawah mu…

Ingatkah kau pada kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir a.s. dimana pada awalnya Nabi Musa a.s. berasakan diri baginda paling banyak ilmunya berbanding manusia lain kerana ilmu baginda datang terus kepada baginda?...Oleh itu janganlah kau menganggap diri kau begitu wahai insan cerdik pandai…Biar pun orang yang dibawah mu yang kau anggap tidak bijak dari mu itu tidak menelaah kitab-kitab perubatan mahupun kejuruteraan, ingatlah mereka juga seagama dengan mu yang mempunyai kitab agung yakni Al-Quran dimana terkandung segala rahsia alam yang masih belum dijumpai…

Ingatlah….disaat kau belajar menjadi seorang doctor atau jurutera iaitu ilmu yang tersemat di dada yang kau banggakan itu, diantara mereka yang kau hina ini belajar menjadi manusia melalui pengalaman perit susah kehidupan….

Ingatlah…memang benar ilmu itu mengangkat darjat seseorang disisi Allah tapi andainya begini sifat mu terhadap orang yang kurang dari diri mu....???....fikir-fikirkanlah~

Tuesday, March 27, 2012

Every Words Meant

I dedicated these lyrics to every deserved souls
that hold the title FRIENDS

When you're weary
feeling small
When tears are in your eyes
I will dry them all
I'm on your side
when times get rough
And friends just can't be found
Like a bridge over troubled water
I will lay me down

When you're down and out
When you're on the street
When evening falls so hard
I will comfort you
I'll take your part
When darkness comes
and pain is all around
Like a bridge over troubled water
I will lay me down

Sail on silver girl
Sail on by
Your come has come to shine
All your dreams are on their way
see how they shine
If you need a friend
I'm sailing right behind
Like a bridge over troubled water
I will ease your mind


BRIDGE OVER TROUBLED WATER
by Simon and Garfunkel (1969)


I always used to hear this song
since being one of my father's favorite songs
I heard this songs and I will remember
every person that I've met and left
and stayed...
who made me I am now...

~THANKS FRIENDS~

Wednesday, December 28, 2011

HELP!!!!


I feel alone
I need help
I need someone
I need advices
I need to hear laugh
I need to go back to college
to have a work to do and to be done
maybe it can help me
drag me away from this kind of feeling

UNDESCRIBE FEELINGS!!!!


*why always my life becomes more miserable?..is this life?..no, these are the test given to me...just need You Oh Allah and people around me to face it~

Monday, December 26, 2011

Husnul Khatimah

Assalamualaikum w.b.t.

2011 is nearly to the end...
many things happened quite simple and hard
summarizing that this year is too hard for me
and knowing that Allah is testing me
and I'm also failed in His test
for I know Allah is fair
hoping that everything gonna be
just fine and alright
hoping that things will come easy after this
hoping that I can face it

for all ummah, brothers and sister
pray that our next destination is Jannah
our glory and success
Amin.