Saturday, May 18, 2013

SATU NAMA

Satu nama kian tenggelam,
tenggelam semakin dalam,
bukan semakin ke lubuk hati,
tapi jauh tersasar ke pinggir hati.
 
Apa yang harus aku lakukan?
hulur tangan tariknya keatas
atau biarkan sahaja ia semakin kedalam?
 
Dari apa yang aku lihat,
dari apa yang aku rasa,
dari apa yang aku fikir,
jika dihulur tangan sekalipun,
rasanya tidak akan bersambut,
malah terasa seperti
ia ingin aku membiarkan ia pergi,
umpama ingin bebas sekali lagi.
 
Jika benar,
iya jika benar,
satu nama itu akan ku lepaskan,
agar satu nama itu dapat mencari
pengganti bagi nama aku,
dan begitulah jua aku.

4 comments:

  1. hulurkan tangan tarik..at least cube kan...

    errr,,,gituuu..,,,hihihih

    ReplyDelete
  2. amboii dio first time komen nih...hahaha

    ReplyDelete
  3. eh,,awak kan blogger terkenal..nk sign..muahhahahah..wekkkkk

    ReplyDelete
  4. hahaha...buleh lawe hilal asyraf dok?...hahaha

    ReplyDelete