Saturday, July 21, 2012

JANJI

Dahulu ku ingati
janjiku ingin berubah
berubah kearah kebaikan
baiki segala kelemahan
penuhi ilmu di dada
andai telah ku berjumpa seseorang yang sesuai
untuk dijadikan suri di hati

kini telah ku jumpa
SEKALI LAGI
seorang insan
mungkin berkat Ramadhan
dari Allah azza wajalla
yang berjaya mengetuk pintu hati ini

sesuai dengan namanya
yang seringkali
menasihati diri ini
ke arah kebaikan
bak penyuluh seri perjalan hidupku
umpama CAHAYA MATAKU
untuk melihat segala yang benar

Ya Allah,
berkatilah kami,
hamba-hamba mu,
yang tidak boleh lari
dari fitrah ingin berkasih,
tetapkanlah kami seadanya
jagalah hubungan kami seadanya
selagi kami tidak melupakanMu

sesungguhnya aku ingin berubah
kerana mu Ya Allah
nadiku Islam agama yang benar
kekuatanku adalah ibubapa ku Ya Allah
dan pendorongku si dia
CAHAYA MATAKU.

amin~

1 comment:

  1. Tahniah :) Mirah doakan segala-galanya baik. Sape cahaya mataku tu ?? Nak kenal :)

    ReplyDelete